Rabu, 10 Disember 2008

Persertiaan Pengakap dan Hormat (salute)

Persetiaan Pengakap adalah

1. Pengakap ialah seorang yang boleh dipercayai.
2. Pengakap ialah seorang yang taat kepada tuhan, raja dan negara.
3. Pengakap hendaklah menjadikan dirinya berguna pada setiap masa.
4. Pengakap ialah saudara kepada semua pegakap lain tidak kira negara, bangsa dan agama.
5. Pengakap ialah seorang baik budi pekertinya.
6. Pengakap hendaklah kasih kepada binatang.
7. Pengakap hendaklah menurut perintah ibubapa, ketua dan pemimpin tanpa banyak soal
selagi ianya tidak menyalahi etika dan undang-undang.
8. Pengakap ialah sorang yang tabah hatinya dalam memenpuhi cabaran hidup..
9. Pengakap ialah seorang yang berjimat-cermat.
10. Pengakap hendaklah suci fikirannya, suci perkataannya dan suci perbuatannya.

Tanda Pengakap

Untuk melakukan hormat pengakap, tiga jari ditengah tangan kanan dinaikkan, dan diselindung oleh ibu jari dan jari kelenking. Dengan tangan kanan menegak dan dalam posisi mendada (berdiri tegak). Tiga jari mewakili Persetiaan pengakap manakala jari kelenking dan ibu jari membawa maksud yang kuat membantu yang lemah, pemimpin memimpin anggotanya. Tanda pengakap digunakan untuk upacara persetiaan pengakap.
(untuk melakukan hormat pengakap, tanda pengakap dipindahkan ke kening muka)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan