Rabu, 10 Disember 2008

Penapakan Pergerakan Pengakap Di malaysia

Pengakap pertama kalinya diperkenalkan di Singapura pada tahun 1908, tetapi secara rasminya ditubuhkan pada 2 Julai 1910, semasa Frank Cooper Sands tiba di Singapura dari Nottingham dan menubuhkan dua kumpulan pengakap kanak-kanak di Singapura untuk anak-anak pegawai British disana. Bermula disini, pergerakan pengakap diperluaskan ke seluruh pelusuk Tanah melayu yang kini dikenali sebagai Malaysia. Sands meluangkan masa selama 40 tahun mambantu menubuhkan pegerakan pengakap di wilayah ini, dan dikenali sebagai "Bapa Pengakap Malaya".

Pada 1974, Datuk Syed Hashim bin Abdullah telah dianugerahkan Bronze Wolf (Serigala), satu-satunya anugerah Organisasi Pegerakan Pengakap Dunia (WOSM), dianugerahkan oleh Kumpulan Pengakap Dunia(World Scout Committee) untuk penerimaan perkhidmatan dalam dunia pengakap. Penerima lain termasuk Tan Sri Kamarul Ariffin bin Mohd Yassin pada 1983.

Pengasas Pengakap Di Malaysia
Tarikh, Negeri dan Pengasas Pergerakan Pengakap Di Malaysia

1913 -
Sabah, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan.
1915 -
Penang, oleh H.R. Cheeseman di Penang Free School·
1915 -
Sarawak, oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Kuching (aktif sejak tahun
1930)
1922 -
Kedah, oleh E.C. Hicks, E.A.G. Stuart, R.P.S. Walker dan C.W. Bloomfield.
1926 -
Perak, oleh I.R. Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar.·
1926 -
Melaka, oleh R. Brunstone di Melaka.·
1926 -
Negeri Sembilan, oleh R. Brunstone, Bird dan Roger Smith.
1926 -
Selangor, oleh Ameen Akbar.
1927 -
Terengganu, oleh A.J. Gracle.
1927 -
Kelantan, oleh Y.M. Tengku Ahmad Temenggong.
1928 -
Johor, oleh H.R. Cheeseman in the English College (sekarang Maktab Sultan Abu
Bakar).
1931 -
Perlis, oleh Bird dan Roger Smith.
Pahang - G.M. Laidlow di Pekan, restored in 1927 by H.P. Hertslet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan