Rabu, 10 Disember 2008

Lencana

Berpandukan satu unit keahlian, seseorang itu haruslah lulus ujian keahlian sebelum layak memakai lencana lain. Ujian tersebut adalah salah satu kelayakan untuk menjadi seprang ahli pengakap. Ujian terhadap pemakaian uniform, mengetahui perseriaan pengakap, undang-undang pengakap, hormat pengakap, sejarah pengakap dan asan ikatan iaitu ikatan Buku Sila.



Untuk pengkap kanak-kanak, seseorang itu boleh menerima lencana Keris Gangsa (Bronze Dagger), lencana Keris Perak (Silver Dagger) dan lencana Keris Emas (Gold Dagger). Keris adalah senjata tradisional orang melayu. Seseorang ahli pengakap kanak-kanak haruslah lulus ujian setiap peringkat lencana tersebut untuk melayakkan diri memakai lencana seterusnya.

Untuk Pengakap Muda, seseorang itu boleh menerima lencana Usaha (perngkat ketiga), lencana Maju (peringkat kedua) dan lencana Jaya(peringkat utama). Seseorang ahli pengakap muda haruslah lulus ujian setiap peringkat lencana tersebut untuk melayakkan diri memakai lencana seterusnya. Juga boleh memakai lapan lencana merit; dua untuk hobi, tiga untuk pengetahuan , dan tiga lagi untuk perkhidmatan. Setelah menepati syarat-syarat berkenaan ahli pengakap muda tersebut layak untuk menerima Rambu Pengakap Muda (Junior Scout Lanyard) yang
berwarna hijau.


Untuk Pengakap Remaja, boleh menerima lencana Jaya Diri (Independence), lencana Kemahiran (Skills), lencana Kegiatan (Activities), lencana Ekspedisi (Expedition) dan lencana Perkhidmatan (Service). Sekali lagi, setelah menepati syarat-syarat berkenaan ahli pengakap remaja tersebut layak untuk menerima Rambu Pengakap Remaja (Senior Scout Lanyard) yang berwarna kuning keemasan.





Setelah mendapat Rambu Pengakap Muda dan Rambu Pengakap Remaja, ahli pengakap tersebut layak untuk menjadi Pengakap raja (King Scout). Calon yang layak perlu menghantar borang pemohonan kepada Pesuruhjaya Daerah bersama buku log dan sijil-sijil lencana. Calon tersebut akan disenaraikan untuk menjalani Ujian Sikap Pengkap Raja (King Scout Code of Conduct Examination) yang terdiri dari 5 komponen iaitu Tanggungjawab (Responsibility), Pengembaraan (Expedition), Perkhidmatan Masyarakat (Community Service), Kegiatan (Activity), dan Berdikari (Independence). Ujian ini diadakan semasa perkhemahan (3 hari 2 malam) dianjurkan oleh daerah atau negeri atau sebahagian daripada pengembaraan (5 hari 4 malam). Oleh itu, kesemua 5 komponen yang dikehendaki akan selesai.
Setelah calon lulus Ujian Sikap Pengakap Raja, calon tersebut layak untuk ke Pentarafan Pengakap Raja (King Scout Standardization Camp), selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan oleh Lembaga Pentarafan Pengakap Raja(State King Scout Standardizers).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan